DIPLOMA IN INFORMATION TECHNOLOGY
R3/0611/4/0017 (11.09.28) I MQA A 9161
Diploma Teknologi Maklumat Kolej UNITI adalah bidang yang sangat relevan dan mempunyai permintaan tinggi di pasaran kerja. Diploma ini menyediakan asas yang kukuh untuk memulakan kerjaya dalam industri yang berkembang pesat dan sentiasa berdaya saing untuk membangunkan negara seiring dengan Revolusi Industri 4.0.
Pelajar juga berpeluang untuk mempelajari kursus-kursus seperti Multimedia, Rangkaian Komputer, Keselamatan Komputer dan rangkaian, Aplikasi mudah alih dan lain-lain dengan menggunakan perisian komputer terkini berdasarkan keperluan semasa dalam bidang Teknologi Maklumat.

MENYELURUH
-
Pelajar didedahkan kepada Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet Kebendaan (IoT) di mana ia adalah teknologi yang semakin berkembang dalam industri masa kini.
-
Pelajar akan belajar bahasa pengaturcaraan seperti Java, C++, dan JavaScript, yang diperlukan dalam pembangunan sistem, aplikasi, dan automasi.
MAHIR
-
Mempelajari konsep rangkaian komputer, firewall, enkripsi data, dan teknik keselamatan siber untuk melindungi data dan sistem daripada ancaman luar.
-
Kursus ini menekankan projek praktikal dan latihan industri, membolehkan pelajar mengaplikasikan teori kepada situasi sebenar.
SIJIL PROFESSIONAL
Diploma in IT ini turut menawarkan pensijilan dalam Linux sebagai nilai tambah untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang pentadbiran sistem dan perkomputeran awan
BERTAULIAH
-
Graduan diploma IT sentiasa diperlukan dalam sektor kerajaan, syarikat teknologi, perbankan, dan boleh juga bekerja sebagai freelancer atau membangunkan perniagaan sendiri.
-
Setelah tamat diploma, pelajar boleh menyambung ke Ijazah Sarjana Muda dalam Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Perisian, Data Sains, atau Keselamatan Siber.
SYARAT KEMASUKAN :
-
Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 mata pelajaran termasuk Matematik , atau setara dengan nya; ATAU
-
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam sebarang mata pelajaran atau setara dengannya dan kredit dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; ATAU
-
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum Gred Maqbul (Lulus) dan kredit dalan mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; ATAU
-
Lulus SKM Tahap 3, dan kredit dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; ATAU
-
Lulus sebarang kelayakan yang setaraf dengan Sijil (Tahap 3, MQF) dan kredit dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya.
PROSPEK KERJAYA :
-
Eksekutif Teknologi Maklumat
-
IT System Support Technician
-
Linux Junior
-
System Engineer
-
Pegawai Sains Komputer / Multimedia
-
Web Developer,
-
Juruteknik Komputer
-
Programmer
-
Atau Graduan boleh memasuki bidang pendidikan
​
PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN :
Pelajar lepasan DIT berpeluang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam universiti tempatan dan luar negara dalam bidang berkaitan seperti;
-
Sistem Sokongan Teknologi Maklumat
-
Sains Komputer
-
Kejuruteraan Perisian
-
Teknologi Maklumat
-
Keselamatan Komputer dan Rangkaian
-
Rangkaian Komputer
SILIBUS PROGRAM
Semester 1 :
-
Calculus and Algebra
-
Computer Programming
-
Computer Architecture and Organization
-
Information Management Technology
-
Foundation English
-
Penghayatan Etika dan Peradaban
Semester 2:
-
Discrete Mathematics
-
Data Communication and Networking
-
Database Modelling
-
Object Oriented Programming
-
Intermediate English
-
Bahasa Kebangsaan
-
Pengantar Pemikiran Kritis & Kreatif
Semester 3 :
-
Statistic and Probability
-
Data Structure
-
Operating System
-
Web Development and Mobile Application
-
User Experience Design
-
Kursus Integriti dan Antirasuah
Semester 4 :
-
Internet of Things
-
Ethics and Legal in Computing
-
Final Year Project
-
Multimedia System
-
Digital Electronics
-
Artificial Intelligence
-
Entrepreneurship
-
Kokurikulum 2a (Asas Al-Quran dan Tajwid) / kurikulum 2b (Badminton)
Semester 5 :
-
Rangkaian dan Perkakasan Komputer
-
Rekabentuk dan Analisis Sistem
-
Pengurusan Projek
-
Sijil Profesional Linux Server Tahap I – Modul LPI 102
-
Pembangunan Aplikasi Mobil / Internet dan Cloud
-
Computing
-
Khidmat Sosial
Semester 6 :
-
Latihan Industri




